Kamis, 27 September 2012

[Gempar] 8 TENTERA WANITA US MENJADI HAMBA SEKS RAKAN SETUGAS LELAKI MEREKA



Lapan tentera wanita Amerika Syarikat (AS) termasuk yang sedang bertugas dan sudah bersara membuat pertuduhan di Mahkamah Persekutuan bahawa mereka dirogol, diserang atau diganggu sepanjang perkhidmatan mereka dan menderita selepas melapor diri kepada pegawai masing-masing.

Tuntutan mahkamah itu, difailkan hari ini di Mahkamah Daerah di Washington, mendakwa anggota tentera terdedah menjadi pemangsa seks di kalangan sesama mereka dan mengamalkan persekitaran bermusuhan yang tidak menggalakkan mangsa serangan seksual untuk tampil ke depan.

Pertuduhan itu mendakwa Jabatan Pertahanan gagal mengambil langkah agresif bagi mengekang masalah berkenaan walaupun maklumat awam menyatakan sebaliknya.

Lapan wanita berkenaan termasuk seorang tentera marin dan tujuh yang lain berkhidmat dalam Tentera Laut dan Kor Marin.

Tujuh wanita itu mendakwa dirogol rakan sejawatan atau cuba menyerang secara seksual, termasuk di pejabat seorang pegawai pemerintah selepas ke pub di Washington dan di dalam berek Stesen Udara tentera Laut di Florida.

Mangsa kelapan berkata, dia diganggu dan diancam ketika dihantar bertugas di Iraq, dan diberitahu pihak atasan bahawa perkara berkenaan berlaku sepanjang masa.

Sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar