Kamis, 27 September 2012

7 cara menunjukkan rasa cinta pada isteri anda



Berikut adalah 7 cara menunjukkan rasa cinta pada isteri anda.

Hormati pasangan anda dengan hati yang ikhlas.

Apa sahaja yang isteri anda fikir dan lakukan, anda hormatinya. Jika isteri anda melakukan kesalahan, anda tegur dia dengan rasa hormat bukannya meninggi suara sehingga menghina dia.
Sentiasa berikan isteri anda kegembiraan dan senyuman.

 Cinta adalah rasa bahagia.
 Jadi, buatlah apa sahaja yang boleh beri kebahagian pada isteri anda.
Gunakan masa lapang anda untuk bersama – sama dengan isteri anda. Ramai suami gunakan masa lapang untuk diri mereka sendiri sehingga lupa pada isteri mereka.Isteri anda lebih suka anda luangkan masa bersama mereka berbanding anda gunakan masa lapang untuk agenda diri sendiri.


Sentiasa ucapkan I love U pada pasangan anda.

 Selain itu, anda perlu sentiasa ucapkan kata sayang dan ayat – ayat cinta pada isteri anda. Bagi seorang wanita, rasa cinta perlu di ucap untuk menyemarakkan lagi rasa cinta tersebut.


Sentiasa buktikan pada isteri anda bahawa anda sangat mencintai dirinya. 

Antara perkara yang anda boleh lakukan adalah anda boleh beri isteri anda hadiah, boleh hantar bunga kepada dia, boleh beri dia kad ucapan yang mengatakan anda sangat mencintainya dirinya, anda layan isteri anda umpama permaisuri dan sentiasa bersikap romantik.


Balas setiap perkara yang di beri oleh isteri anda. 

Contohnya, jika isteri anda melayan anda dengan baik seperti menyediakan makanan malam untuk anda, anda balas pemberian isteri anda tersebut dengan layanan yang baik terhadap dirinya.

 Sentiasa ucapkan perkatan terima kasih terhadap isteri anda 
 sentiasa berikan dia penghargaan atas pengorbanan dia dalam rumah tangga anda.

Sentiasa berkomunikasi dengan pasangan anda .

 Jika kita cinta seseorang, kita akan rasa ingin berkomunikasi dengannya pada setiap masa. Apabila anda selalu berkomunikasi dengan isteri anda, isteri anda faham bahawa anda mencintai dirinya dan dia juga dapat rasa cinta daripada diri anda untuk dirinya.

Sumber

Tidak ada komentar:

Posting Komentar